Saturday, November 2, 2013

ADAKAH HATIMU SIHAT?


KUASA HATI ? Hmmm… betul ke hati itu BERKUASA?
Siapa ada jawapannya?



Walaupun tidak dapat dipegang,tetapi ia menentukan rasa. Walaupun terletak di dalam tetapi kesannya luar biasa. Ia Berjaya mempengaruhi apa-apa sahaja di luar. Walaupun ia kecil, namun ia ibarat RAJA. Itulah hati!
Persoalan tentang hati cukup luas. Buruk atau baik seseorang itu terletak pada hatinya. Jatuhnya pandangan ALLAH terhadap hamba-NYA, juga bergantung pada hatinya. Kita juga tahu akan sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud :” Dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, jika baik daging itu baik lah seluruh badannya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh badannya. Daging itu adalah Hati. ( riwayat al-Bukhari dan Muslim).

POKOK PANGKALNYA … HATI
Kata-kata boleh diubah,tetapi tiada sesiapa yang boleh memaksa hatinya. Penat badan boleh hilang, tetapi penat hati sukar diubati. Kalau hati mahukan sesuatu, seribu daya sanggup diredahi, wlaupun ribuan kali. Kalau hati dah tak mahu, lalu depan mata pun kita buat tak kisah. Pokok pangkalnya di hati.
Apa yang kita rasa dalam hati sentiasa berubah-ubah. Kerana hati sifatnya memang begitu. Dalam sehari pernahkah kita mengira, kekerapan hati bertukar rasa? Pastinya setiap hari, hatia da rasa gembira,tenang,sedih,risau,geram ataupun jemu. Hati kadang kala sukar dimengerti. Walaupun rasa di hati itu bertukar, tidak mengira sekuat mana pun emosi cuba menguasai diri, jangan sampai hati mati. Apabila kita tidak dapat mengawal perasaan dengan baik seperti terlalu sedih atau rasa berputus asa, mulalah hati berkata; “aku tak mampu untuk melaluinya lagi,”

IBARAT MAGNET
Hati umpama magnet. Kuasa dalaman amat hebat kesannya terhadap luaran. Orang tua-tua pernah berkata; “ Jika kita ingatkan seseorang pasti orang itu juga akan ingat pada kita, walaupun jauh dan tiada di depan mata kita tetapi aura hati yang disampaikan itu kuat.” Memang terbukti benarnya, kerana bukan sekali ,apabila saya kerap teringatkan sang suami, ketika itu juga suami teringatkan saya.
Banyak kajian menyatakan, kuasa minda separa sedar yang luar biasa. Ia sesuatu yang tidak dapat dikawal secara jelas tetapi banyak dipengaruhi kehidupan manusia. Antaranya pergerakan aliran darah, degupan jantung, termasuklah rasa hati dan perasaan. Penjagaan hati sangat penting. Jagalah hati sebaiknya supaya ia dapat menghantar gelombang positif kepada sesiapa jua.
Hati yang baik dapat menundukan kekerasan. Kita yang membentuk hati kita sendiri sama ada untuk menjadi racun atau penawar. Untuk mengubah orang lain suatu tugas yang amat sukar, melainkan jika kita dapat menawan hatinya. Tidak mustahil satu dunia yang ddiami manusia, boleh dibentuk dengan kuasa pengubahan hati. Ya, orang yang baik seperti magnet yang menarik besi di sekelilingnya.

MENENTUKAN NATIJAH KEHIDUPAN
Hati yang sudah ditempa dengan kebaikan mudah dibentuk. Apa yang dicakap mudah didengar, apa yang disuruh mudah diikut. Ketika sukar membuat pilihan pula, anda mungkin pernah diberi pesan supaya mengikut kata hati dan yakin dengan pilihan yang sudah dipilih oleh kata hati. Begitu hebat dan kuatnya kuasa hati, walaupun ia tidak mempunyai suara tetapi ia mampu member rasa dalam menentukan keputusan yang diambil. Hasil keputusan itulah yang menentukan natijah kehidupan, bukan sahaj di dunia bahkan di akhirat.

No comments:

Post a Comment